Buat julung-julung kalinya PKNP layak ke perlawanan akhir merebut piala Presiden ini. Ini merupakan satu peningkatan kepada prestasi pasukan yang hanya layak ke perlawanan separuh akhir untuk dua tahun berturut-turut sebelum ini. Petang tadi, PKNP berjaya menumpaskan pasukan PDRM 1-0 di padang MPK1B. Di padang MPK1A pula, MPK membenam Penerpa FC 2-1 dan akan bertemu lagi dengan PKNP di perlawanan akhir nanti. Ini merupakan pertemuan kali kedua setelah kedua-dua pasukan terikan 3-3 diperingkat kumpulan.
PKNP menurunkan Mohd Sharril, Mohd Azierul, Ahmad Masa'ud, Mohd Ruzaidi, Ahmad Ma'asum, Mohd Amirrul, Mohd Hifni, Mohd Hanif, Mohd Adly Anuar, Nabilah Khan dan Abdul Rahman.Seperti biasa bermula dengan garang dan terus mengasak kubu lawan dari wisel permulaan.PDRM banyak bertahan dengan sekali-sekala membuat hantaran jauh namun pertahanan PKNP dengan mudah dapat mengawal keadaan. Kedua-dua sayap kiri dan kanan PKNP banyak bergerak dan membuat hantaran-hantaran yang cantik dan pada minit ke 28, PKNP hampir menjaringkan gol apabila Anuar gagal untuk menanduk masuk hantaran cantik dari Hanif sedangkan pintu gol lawan terbuka luas.
Pada separuh masa kedua, permainan menjadi semakin terbuka kerana kedua-dua pasukan kelihatan berusaha untuk mendapatkan gol bagi mengelak permainan berlangsung hingga ke sepakan penalti. Serangan silih berganti oleh kedua-dua belah pihak menjadikan permainan menjadi amat menarik. Akhirnya pada minit ke 67, hantaran silang yang di buat oleh Abdul Rahman dapat ditanduk masuk oleh Mohd Hifni. Dengan gol tersebut, pemain-pemain PKNP memperlahankan permainan dan bertahan hingga ke wisel penamat.
No comments:
Post a Comment