Petang tadi berlangsungnya perlawanan suku akhir piala YDP diantara PKNP menentang LPKTN. PKNP menurunkan Mohd Sharil sebagai penjaga gol, Mohd Azierul, Ahmad Masa'ud, Mohd Rozaidi, Azwan , Mohd Hifni, Mohd Hanif, Ahmad Ghazali, Amirrul, Nabilah Khan dan Abdul Rahman. PKNP memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mencipta gol pada minit pertama perlawanan. Bermula dari sepak mula, Mohd Hanif melorongkan bola kearah Amirrul yang tidak mensia-siakan peluang yang diberikan. LPKTN yang tersentak dengan jaringan awal itu mengasak pemain-pemain PKNP dan menutup ruang bagi pemain PKNP mengawal bola. Sedikit demi sedikit, bahagian tengah padang dikuasai oleh pemain midfield LPKTN. Pada minit ke 35, LPKTN berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil gerakan cantik dari bahagian tengah. Keputusan 1-1 kekal hingga separuh masa pertama.
PKNP bangkit pada separuh masa kedua dengan semangat yang baru. Bahagian tengah yang longgar diseparuh masa pertama dapat diperbaiki dan berjaya menutup ruang-ruang yang ada. Ini berjaya menutup jentera serangan LPKTN dan membuka peluang bagi PKNP untuk menguasai permainan. PKNP mengeluarkan Nabilah dan Ahmad Ghazali dan memasukkan Ahmad Muzzamil dan Azizi. Kemasukan mereka berjaya menambah kekuasaan permainan dan peluang demi peluang dicipta oleh penyerang PKNP. Peluang terbaik di separuh masa kedua jatuh kepada Ahmad Muzammil namun beliau gagal memenafaatkan peluang tersebut. Akhirnya keputusan kekal hingga ke wisel penamat.
Sepakan penalti diadakan bagi menentukan siapa yang layak untuk ke peringkat separuh akhir, PKNP telah diundi untuk memulakan tendangan. Amirul yang mengambil sepakan pertama telah berjaya untuk menjadikan kedudukan 1-0. LPKTN berjaya menyamakan kedudukan. Namun Ahmad Masa'ud gagal menyempurnakan sepakannya dan LKPTN berjaya mendahului 1-2 apabila sepakan kedua mereka dapat disempurnakan. Mohd Hanif juga gagal menyempurnakan sepakan penaltinya. Pemain LPKTN gagal pula menyempurnakan sepakan ke3 yang memberi harapan untuk PKNP. Pengamil sepakan ke 4 PKNP Azwan berjaya menjaringkan gol dan penjaga gol PKNP Sharil berjaya menyelamatkan sepakan pemain LPKTN untuk menjadikan kedudukan 2-2. Mohd Rozaidi dan pengambil sepakan penalti ke5 LPKTN berjaya menjaringkan gol untuk memaksa sepakan ke peringkat sudden death. Sepakan sudden death pertama PKNP diambil oleh Abdul Rahman yang gagal menyempurnakan sepakan beliau dan sepakan pemain LPKTN berjaya pula diselamatkan oleh Mohd Sharil. Mohd Azierul berjaya dalam sepakan beliau dan Mohd Sharil berjaya menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan pemain LPKTN. Ini merupakan kali kedua PKNP berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir piala YDP ini. Tahniah kepada semua pemain yang telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dan diharap ianya akan berkekalan hingga ke peringkat akhir, SYABAS.
No comments:
Post a Comment