Pertandingan Bola Sepak Liga Kuantan 2013 akan membuka tirai pada 11 September 2013 ini. PKNP FC pada tahun ini telah mendapat khidmat beberapa pemain yang pernah mewakili Kuantan FA didalam Liga FAM iaitu Abdul Rahman bin Abdul Kadir dan Ma'sum bin Abdul Samad. Disamping itu juga, terdapat beberapa muka baru seperti Nabilah Khan bin Razali, Mohd Adly Annuar bin Kamarizzaman, Mohd Izhar Hifni bin Mohd Zailani, Mohd Ruzaidi bin Abdul Rani, Mohd Farhan bin Zulfakar dan Mohd Norkhidzan bin Ibrahim.
Bagi musim 2013 ini, PKNP telah diundi didalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Perima FC, Maritim dan Smart Auto. Perlawanan pertama PKNP Fc adalah menentang Perima FC pada 11 September 2013 di Padang MPK 1B.
Pertandingan kali ini dilihat lebih sengit kerana format pertandingan telah berubah dimana terdapat 17 pasukan yang bertanding dan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertanding di peringkat seterusnya. Disamping itu juga, Johan setiap kumpulan akan bertanding secara liga bagi merebut piala Dato Wan Adnan Wan Mamat.
Dengan barisan pemain yang ada, PKNP Fc berharap dapat bersaing kali ini untuk 2 pasukan teratas kumpulan.
Hogoh PKNP FC hogoh....
ReplyDelete