PKNP Fc turun ke gelanggang bagi menentang Smart Auto Fc petang tadi. Walaupun merehatkan beberapa pemain untuk perlawanan penting menentang Majlis Perbadaran Kuantan Jumaat ini, PKNP Fc masih mampu menundukkan Smart Auto dengan jaringan 2-1.
PKNP Fc menurunkan Mohd Izuwan sebagai penjaga gol, pertahanan dibarisi oleh Mohd Azwan, Ahmad Masaud, Mohd Rozaidi dan Mohd Norkhizan. Bahagian tengah pula dibarisi oleh Mohd Izhar Hifni,Mohd Azizi, Mohd Azierul dan Mohd Amirul Idham. Bahagian serangan pula diketuai oleh Abdul Rahman dan Mohd Muzammil. Permainan babak pertama agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak pintu gol masing-masing. PKNP Fc banyak melakukan hantaran-hantaran pendek dan menguasai bahagian tengah namun hantaran ke bahagian penyerang dapat dipatahkan oleh pertahanan lawan. Serangan pihak lawan dapat dipatahkan dengan mudah oleh pertahanan PKNP Fc.Tiada sebarang gol dihasilkan dalam babak separuh masa pertama.
PKNP Fc membuat pertukaran bermulanya separuh masa kedua dengan mengeluarkan Muzammil dan memasukan Nabilah Khan. Pertukaran ini telah memberi nafas baru kepada jentera serangan PKNP Fc dan hasilnya PKNP Fc berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 58 hasil jaringan Mohd Amirul Idham. PKNP terus mengasak gol lawan dan hampir menjadikan kedudukan 2-0 namun larian solo oleh Mohd Azierul tidak dapat disudahkan dengan baik apabila tendangannya terkenal tiang gol kiri pihak lawan. Smart Auto yang tersentak dengan jaringan itu meningkatkan asakan kepada gawang PKNP Fc dan hasilnya, pada minit ke 70, Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan walaupun pemain Smart Auto yang membuat terjahan keatas pemain PKNP. Sepakan penalti itu disempurnakan menjadikan kedudukan 1-1. Jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain PKNP yang terus mengasak kubu lawan dan sekali lagi PKNP Fc dapat menggegarkan jaring gol lawan kali ini oleh Nabilah Khan.Namun begitu, dengan perlawanan berbaki 1 minit, Mohd Amirrul telah tercedera apabila berlaga dengan penjaga gol smart auto dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana luka di bahagian kening. Keputusan 2-1 itu membolehkan PKNP Fc menduduki tangga kedua dengan 7 mata dibelakang MPK dengan 9 mata. Perlawanan terakhir menentang MPK pada jumaat ini adalah penentu siapa yang layak menjadi johan kumpulan dan melayakkan diri ke liga juara-juara merebut piala Dato Wan Adnan.
No comments:
Post a Comment