PKNP FC turun memburu kejuaraan pertama sejak tahun 2011 menentang juara bertahan yang juga pasukan pilihan iaitu MPK. PKNP menurunkan semula Ahmad Ghazali dan Azwan Nordin yang digantung satu perlawanan semasa menentang PDRM tempohari. MPK yang memulakan permainan dengan berhati-hati banyak bermain secara long ball yang memaksa pertahan kiri dan kanan PKNP bekerja keras untuk mengekang bahagian sayap MPK yang pantas. Ahmad Maasum yang bermain di sebelah kiri dan Azwan di sebelah kanan berjaya mengekang kemaraan kedua-dua sayap MPK.
Namun begitu, PKNP FC dihukum apabila hantaran silang ke bahagian kanan tidak dapat ditampan kemas dan memberi peluang kepada MPK mendahului PKNP pada minit ke 15 permainan. Walaupun ketinggalan, PKNP tetap tidak tertekan dan terus menguasai permainan dan mengunci jentera di bahagian tengah MPK. Beberapa peluang diperolehi PKNP untuk menyamakan kedudukan namun cubaan-cubaan yang dibuat tersasar.
Pada separuh masa kedua, PKNP terus mengasak kubu MPK. Mohd Amirrul yang menggantikan Nabilah Khan di akhir separuh masa pertama tadi mengubah serangan PKNP. Pertahanan MPK agar kucar-kacir dan ini memberi ruang kepada Abdul Rahman untuk bergerak bebas. Hasilnya pada minit ke 63, PKNP berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Abdul Rahman. Gol tersebut menyemarakkan lagi serangan PKNP untuk mendapatkan gol kemenangan. Akhirnya wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan dan memaksa perlawanan diputuskan melalui sepakan penalti.
PKNP yang memulakan sepakan telah bermula dengan hambar apabila pemain pertama yang mengambil penalti tersebut, Mohd Amirrul gagal menyempurnakan sepakan tersebut. Namun begitu, penjaga gol PKNP, Sharril berjaya menyelamatkan sepakan kedua MPK untuk menjadikan kedudukan 1-1. Keputusan masih lagi terikat setelah ketiga-tiga pemain dari kedua-dua pasukan selepas itu berjaya menyempurnakan sepakan masing-masing dan memaksa ke sepakan sudden death. PKNP muncul juara apabila sepakan secara sudden death kedua MPK melepasi palang. Tahniah PKNP.
No comments:
Post a Comment