Nabil muncul sebagai wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 62 permainan didalam pertembungan di antara PKNP dan Armor. PKNP yang turun tanpa kehadiran Ahmad Ma'sum yang digantung satu perlawanan kerana menerima 2 kad kuning bermain agak berhati-hati pada separuh masa pertama. Armor yang banyak bermain secara long pass,menekan pertahanan PKNP yang terpaksa bersaing dengan kepantasan penyerang mereka. Namun permainan menjadi lebih teratur dan PKNP mula dapat mencorakkan permainan melalui dua perancang PKNP iaitu Azizi dan Hanif. Mohd Amirrul yang mendapat dua peluang pada separuh masa pertama, gagal menyudahkan kedua-dua peluang tersebut dan separuh masa pertama berakhir terikat 0-0.
Pada separuh masa kedua, Armor mengejutkan PKNP dengan jaringan pada minit ke 49 hasil counter attack pantas mereka dan memerangkap pertahanan PKNP yang leka. Walaupun ketinggalan, PKNP terus mengasak kubu lawan dan hasilnya pada minit ke 54, PKNP berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Mohd Ruzaidi. Gol tersebut membakar semangat pemain-pemain yang cuba mengelak daripada melalui sepakan penalti lagi. Nabil yang masuk menggantikan Ahmad Muzamil, muncul sebagai wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 72. Armor yang menyerang bertubi-tubi kali selepas itu gagal untuk mendapatkan gol penyamaan dan PKNP bertahan hingga ke wisel penamat. Dengan kemenangan ini, PKNP akan melangkah ke perlawanan separuh akhir dan akan menetang pasukan PDRM.
Beberapa pemain tonggak PKNP seperti Ahmad Ghazali yang mengalami kecederaan lutut, terpaksa direhatkan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan permainan PKNP. Beberapa pemain lain juga terpaksa berhadapan dengan kemungkinan tidak dapat beraksi dipentas semi final nanti seperti Mohd Ruzaidi, Azwan, Ahmad Ma'sum juga kerana kecederaan. Moga-moga mereka dapat cepat sembuh dan membantu PKNP untuk melangkah ke perlawanan akhir pada 15hb November nanti. Tahniah pada semua.
No comments:
Post a Comment