Thursday, October 10, 2013

NABIL WIRA

Nabil muncul sebagai wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 62 permainan didalam pertembungan di antara PKNP dan Armor. PKNP yang turun tanpa kehadiran Ahmad Ma'sum yang digantung satu perlawanan kerana menerima 2 kad kuning bermain agak berhati-hati pada separuh masa pertama. Armor yang banyak bermain secara long pass,menekan pertahanan PKNP yang terpaksa bersaing dengan kepantasan penyerang mereka. Namun permainan menjadi lebih teratur dan PKNP mula dapat mencorakkan permainan melalui dua perancang PKNP iaitu Azizi dan Hanif. Mohd Amirrul yang mendapat dua peluang pada separuh masa pertama, gagal menyudahkan kedua-dua peluang tersebut dan separuh masa pertama berakhir terikat 0-0.

Pada separuh masa kedua, Armor mengejutkan PKNP dengan jaringan pada minit ke 49 hasil counter attack pantas mereka dan memerangkap pertahanan PKNP yang leka. Walaupun ketinggalan, PKNP terus mengasak kubu lawan dan hasilnya pada minit ke 54, PKNP berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Mohd Ruzaidi. Gol tersebut membakar semangat pemain-pemain yang cuba mengelak daripada melalui sepakan penalti lagi. Nabil yang masuk menggantikan Ahmad Muzamil, muncul sebagai wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 72. Armor yang menyerang bertubi-tubi kali selepas itu gagal untuk mendapatkan gol penyamaan dan PKNP bertahan hingga ke wisel penamat. Dengan kemenangan ini, PKNP akan melangkah ke perlawanan separuh akhir dan akan menetang pasukan PDRM. 

Beberapa pemain tonggak PKNP seperti Ahmad Ghazali yang mengalami kecederaan lutut, terpaksa direhatkan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan permainan PKNP. Beberapa pemain lain juga terpaksa berhadapan dengan kemungkinan tidak dapat beraksi dipentas semi final nanti seperti Mohd Ruzaidi, Azwan, Ahmad Ma'sum juga kerana kecederaan. Moga-moga mereka dapat cepat sembuh dan membantu PKNP untuk melangkah ke perlawanan akhir pada 15hb November nanti. Tahniah pada semua.

Wednesday, October 2, 2013

PKNP FC JOHAN

PKNP FC turun memburu kejuaraan pertama sejak tahun 2011 menentang juara bertahan yang juga pasukan pilihan iaitu MPK. PKNP menurunkan semula Ahmad Ghazali dan Azwan Nordin yang digantung satu perlawanan semasa menentang PDRM tempohari. MPK yang memulakan permainan  dengan berhati-hati banyak bermain secara long ball yang memaksa pertahan kiri dan kanan PKNP bekerja keras untuk mengekang bahagian sayap MPK yang pantas. Ahmad Maasum yang bermain di sebelah kiri dan Azwan di sebelah kanan berjaya mengekang kemaraan kedua-dua sayap MPK.

Namun begitu, PKNP FC dihukum apabila hantaran silang ke bahagian kanan tidak dapat ditampan kemas dan memberi peluang kepada MPK mendahului PKNP pada minit ke 15 permainan. Walaupun ketinggalan, PKNP tetap tidak tertekan dan terus menguasai permainan dan mengunci jentera di bahagian tengah MPK. Beberapa peluang diperolehi PKNP untuk menyamakan kedudukan namun cubaan-cubaan yang dibuat tersasar.

Pada separuh masa kedua, PKNP terus mengasak kubu MPK. Mohd Amirrul yang menggantikan Nabilah Khan di akhir separuh masa pertama tadi mengubah serangan PKNP. Pertahanan MPK agar kucar-kacir dan ini memberi ruang kepada Abdul Rahman untuk bergerak bebas. Hasilnya pada minit ke 63, PKNP berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Abdul Rahman. Gol tersebut menyemarakkan lagi serangan PKNP untuk mendapatkan gol kemenangan. Akhirnya wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan dan memaksa perlawanan diputuskan melalui sepakan penalti.

PKNP yang memulakan sepakan telah bermula dengan hambar apabila pemain pertama yang mengambil penalti tersebut, Mohd Amirrul gagal menyempurnakan sepakan tersebut. Namun begitu, penjaga gol PKNP, Sharril berjaya menyelamatkan sepakan kedua MPK untuk menjadikan kedudukan 1-1. Keputusan masih lagi terikat setelah ketiga-tiga pemain dari kedua-dua pasukan selepas itu berjaya menyempurnakan sepakan masing-masing dan memaksa ke sepakan sudden death. PKNP muncul juara apabila sepakan secara sudden death kedua MPK melepasi palang. Tahniah PKNP.

Monday, September 30, 2013

Layak ke Final

Buat julung-julung kalinya PKNP layak ke perlawanan akhir merebut piala Presiden ini. Ini merupakan satu peningkatan kepada prestasi pasukan yang hanya layak ke perlawanan separuh akhir untuk dua tahun berturut-turut sebelum ini. Petang tadi, PKNP berjaya menumpaskan pasukan PDRM 1-0 di padang MPK1B. Di padang MPK1A pula, MPK membenam Penerpa FC 2-1 dan akan bertemu lagi dengan PKNP di perlawanan akhir nanti. Ini merupakan pertemuan kali kedua setelah kedua-dua pasukan terikan 3-3 diperingkat kumpulan.

PKNP menurunkan Mohd Sharril, Mohd Azierul, Ahmad Masa'ud, Mohd Ruzaidi, Ahmad Ma'asum, Mohd Amirrul, Mohd Hifni, Mohd Hanif, Mohd Adly  Anuar, Nabilah Khan dan Abdul Rahman.Seperti biasa bermula dengan garang dan terus mengasak kubu lawan dari wisel permulaan.PDRM banyak bertahan dengan sekali-sekala membuat hantaran jauh namun  pertahanan PKNP dengan mudah dapat mengawal keadaan. Kedua-dua sayap kiri dan kanan PKNP banyak bergerak dan membuat hantaran-hantaran yang cantik dan pada minit ke 28, PKNP hampir menjaringkan gol apabila Anuar gagal untuk menanduk masuk hantaran cantik dari Hanif sedangkan pintu gol lawan terbuka luas.

Pada separuh masa kedua, permainan menjadi semakin terbuka kerana kedua-dua pasukan kelihatan berusaha untuk mendapatkan gol bagi mengelak permainan berlangsung hingga ke sepakan penalti. Serangan silih berganti oleh kedua-dua belah pihak menjadikan permainan menjadi amat menarik. Akhirnya pada minit ke 67, hantaran silang yang di buat oleh Abdul Rahman dapat ditanduk masuk oleh Mohd Hifni. Dengan gol tersebut, pemain-pemain PKNP memperlahankan permainan dan bertahan hingga ke wisel penamat.

Saturday, September 28, 2013

Layak ke Separuh Akhir

Petang tadi berlangsungnya perlawanan suku akhir piala YDP diantara PKNP menentang LPKTN. PKNP menurunkan Mohd Sharil sebagai penjaga gol, Mohd Azierul, Ahmad Masa'ud, Mohd Rozaidi, Azwan , Mohd Hifni, Mohd Hanif, Ahmad Ghazali, Amirrul, Nabilah Khan dan Abdul Rahman. PKNP memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mencipta gol pada minit pertama perlawanan. Bermula dari sepak mula, Mohd Hanif melorongkan bola kearah Amirrul yang tidak mensia-siakan peluang yang diberikan. LPKTN yang tersentak dengan jaringan awal itu mengasak pemain-pemain PKNP dan menutup ruang bagi pemain PKNP mengawal bola. Sedikit demi sedikit, bahagian tengah padang dikuasai oleh pemain midfield LPKTN. Pada minit ke 35, LPKTN berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil gerakan cantik dari bahagian tengah. Keputusan 1-1 kekal hingga separuh masa pertama.

PKNP bangkit pada separuh masa kedua dengan semangat yang baru. Bahagian tengah yang longgar diseparuh masa pertama dapat diperbaiki dan berjaya menutup ruang-ruang yang ada. Ini berjaya menutup jentera serangan LPKTN dan membuka peluang bagi PKNP untuk menguasai permainan. PKNP mengeluarkan Nabilah dan Ahmad Ghazali dan memasukkan Ahmad Muzzamil dan Azizi. Kemasukan mereka berjaya menambah kekuasaan permainan dan peluang demi peluang dicipta oleh penyerang PKNP. Peluang terbaik di separuh masa kedua jatuh kepada Ahmad Muzammil namun beliau gagal memenafaatkan peluang tersebut. Akhirnya keputusan kekal hingga ke wisel penamat.

Sepakan penalti diadakan bagi menentukan siapa yang layak untuk ke peringkat separuh akhir,  PKNP telah diundi untuk memulakan tendangan. Amirul yang mengambil sepakan pertama telah berjaya untuk menjadikan kedudukan 1-0. LPKTN berjaya menyamakan kedudukan. Namun Ahmad Masa'ud gagal menyempurnakan sepakannya dan LKPTN berjaya mendahului 1-2 apabila sepakan kedua mereka dapat disempurnakan. Mohd Hanif juga gagal menyempurnakan sepakan penaltinya. Pemain LPKTN gagal pula menyempurnakan sepakan ke3 yang memberi harapan untuk PKNP. Pengamil sepakan ke 4 PKNP Azwan berjaya menjaringkan gol dan penjaga gol PKNP Sharil berjaya menyelamatkan sepakan pemain LPKTN untuk menjadikan kedudukan 2-2. Mohd Rozaidi dan pengambil sepakan penalti ke5 LPKTN berjaya menjaringkan gol untuk memaksa sepakan ke peringkat sudden death. Sepakan sudden death pertama PKNP diambil oleh Abdul Rahman yang gagal menyempurnakan sepakan beliau dan sepakan pemain LPKTN berjaya pula diselamatkan oleh Mohd Sharil. Mohd Azierul berjaya dalam sepakan beliau dan Mohd Sharil berjaya menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan pemain LPKTN. Ini merupakan kali kedua PKNP berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir piala YDP ini. Tahniah kepada semua pemain yang telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dan diharap ianya akan berkekalan hingga ke peringkat akhir, SYABAS.

Friday, September 20, 2013

Terlepas Peluang

Petang tadi berlangsung perlawanan diantara PKNP Fc menentang MPK dipadang MPK 1B. PKNP Fc memerlukan kemenangan bagi merampas kedudukan pendahulu Kumpulan A dan layak untuk ke liga juara-juara merebut piala Dato Wan Adnan. Namun begitu PKNP Fc terpaksa berpuas hati di tangga ke2 kumpulan dengan keputusan seri 3-3.

PKNP Fc yang bermula dengan garang, berjaya menyekat MPK menguasai permainan. Dengan menggunakan formasi 4-5-1, PKNP mendominasi separuh masa pertama. Ini dapat dilihat apabila pada minit ke 16, Abdul Rahman berjaya menjaringkan gol pertama PKNP. Pada minit ke 23, sekali lagi Abdul Rahman menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pada awal babak separuh masa kedua, MPK berjaya mengejutkan PKNP apabila dapat membolosi gawang PKNP untuk menjadikan kedudukan 2-1. Ini memberi semangat kepada mereka untuk terus mengasak kubu PKNP. Pemain-pemain PKNP yang seakan-akan hilang tumpuan  sekali lagi dikejutkan dengan gol penyamaan MPK pada minit ke 53. Pemain PKNP terus tertekan dan hilang penguasaan di kawasan tengah padang. Ini memudahkan pemain MPK terus menguasai permainan dan pada minit ke 60, gawang PKNP sekali lagi dibolosi untuk menjadikan kedudukan 2-3. Seakan-akan tersentak dengan gol tersebut, PKNP meningkatkan usaha untuk menguasai permainan, dan akhirnya pada minit ke 77, Abdul Rahman berjaya melengkapkan hattriknya untuk menyamakan kedudukan. Gol tersebut menjadi penyelamat PKNP untuk memastikan PKNP menduduki tangga kedua Kumpulan A dan layak ke peringkat suku akhir.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, jelas terlihat wajah kekecewaan pada setiap pemain PKNP.  Penguasaan yang diperlihatkan pada separuh masa pertama telah hilang dan permainan yang longgar dipersembahkan pada separuh masa kedua. Namun begitu, PKNP masih boleh berbangga kerana melengkapkan jadual perlawanan kumpulan dengan rekod tanpa kalah. Keputusan seri ini pasti akan menjadi pengajaran yang berharga kepada pasukan kerana gagal mempertahankan dua jaringan sehingga terpaksa pula mengejar gol bagi menyamakan kedudukan. Walaupun begitu, pujian harus diberikan kerana memberikan permainan yang terbaik. Syabas.

Wednesday, September 18, 2013

Kemenangan kedua

PKNP Fc turun ke gelanggang bagi menentang Smart Auto Fc petang tadi.  Walaupun merehatkan beberapa pemain untuk perlawanan penting menentang Majlis Perbadaran Kuantan Jumaat ini, PKNP Fc masih mampu menundukkan Smart Auto dengan jaringan 2-1. 

PKNP Fc menurunkan Mohd Izuwan sebagai penjaga gol, pertahanan dibarisi oleh Mohd Azwan, Ahmad Masaud, Mohd Rozaidi dan Mohd Norkhizan. Bahagian tengah pula dibarisi oleh Mohd Izhar Hifni,Mohd Azizi, Mohd Azierul dan Mohd Amirul Idham. Bahagian serangan pula diketuai oleh Abdul Rahman dan Mohd Muzammil. Permainan babak pertama agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak pintu gol masing-masing. PKNP Fc banyak melakukan hantaran-hantaran pendek dan menguasai bahagian tengah namun hantaran ke bahagian penyerang dapat dipatahkan oleh pertahanan lawan. Serangan pihak lawan dapat dipatahkan dengan mudah oleh pertahanan PKNP Fc.Tiada sebarang gol dihasilkan dalam babak separuh masa pertama. 


PKNP Fc membuat pertukaran bermulanya separuh masa kedua dengan mengeluarkan Muzammil dan memasukan Nabilah Khan. Pertukaran ini telah memberi nafas baru kepada jentera serangan PKNP Fc dan hasilnya PKNP Fc berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 58 hasil jaringan Mohd Amirul Idham. PKNP terus mengasak gol lawan dan hampir menjadikan kedudukan 2-0 namun larian solo oleh Mohd Azierul tidak dapat disudahkan dengan baik apabila tendangannya terkenal tiang gol kiri pihak lawan. Smart Auto yang tersentak dengan jaringan itu meningkatkan asakan kepada gawang PKNP Fc dan hasilnya, pada minit ke 70, Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan walaupun pemain Smart Auto yang membuat terjahan keatas pemain PKNP. Sepakan penalti itu disempurnakan menjadikan kedudukan 1-1. Jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain PKNP yang terus mengasak kubu lawan dan sekali lagi PKNP Fc dapat menggegarkan jaring gol lawan kali ini oleh Nabilah Khan.Namun begitu, dengan perlawanan berbaki 1 minit, Mohd Amirrul telah tercedera apabila berlaga dengan penjaga gol smart auto dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana luka di bahagian kening. Keputusan 2-1 itu membolehkan PKNP Fc menduduki tangga kedua dengan 7 mata dibelakang MPK dengan 9 mata. Perlawanan terakhir menentang MPK pada jumaat ini adalah penentu siapa yang layak menjadi johan kumpulan dan melayakkan diri ke liga juara-juara merebut piala Dato Wan Adnan.

Monday, September 16, 2013

Seri

PKNP Fc telah turun menentang Maritim Fc bagi perlawanan kedua dalam Kumpulan A pada hari Ahad yang lalu. PKNP Fc menurunkan Mohd Izuwan sebagai penjaga gol, pertahanan dibarisi oleh Ramle Razak, Ahmad Masaud, Mohd Rozaidi dan Mohd Norkhizan. Bahagian tengah pula dibarisi oleh Mohd Izhar Hifni, Ahmad Ma'asum Mohd Azwan, dan Mohd Amirul Idham. Bahagian serangan pula diketuai oleh Abdul Rahman dan Nabilah Khan.

Maritim Fc yang tewas tipis 2-3 ditangan MPK bermula dengan garang dan melancarkan beberapa serangan membahaya ke kubu PKNP Fc namun barisan pertahanan yang diketuai oleh Rozaidi dan Masaud dapat menangkis serangan awal tersebut. Maritim Fc berjaya mengawal  bahagian tengah padang namun lorongan-lorongan yang dibuat kepada penyerang mereka dapat dipatahkan dengan mudah oleh pertahanan PKNP Fc. PKNP Fc hampir-hampir mendapat gol hasil tendangan sudut yang diambil oleh Hifni ditanduk kemas oleh Mohd Rozaidi tetapi dapat ditolak oleh pertahanan Maritim yang berada diatas garisan dengan penjaga gol telahpun tertewas. Peluang sekali lagi dipersiakan oleh PKNP Fc sekali lagi hasil tendangan sudut yang diambil oleh Hifni. Kali ini tandukan kemas Mohd Azwan melepasi palang gol walaupun penjaga gol telah tertewas. Keputusan 0-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

PKNP Fc bermula lebih baik pada separuh masa kedua. Bahagian tengah dapat mengawal permainan dan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Namun begitu, hasil serangan balas pihak Maritim Fc hampir menghasilkan gol. PKNP Fc bernasib baik kerana bola tendangan pemain lawan terkena tiang dan terus keluar. Permain menjadi semakin keras dengan kedua-dua pasukan tertekan untuk mendapatkan gol. Pemain Maritim telah beberapa kali menerjah pemain PKNP tetapi hanya mendapat amaran lisan sahaja. Ini menyebabkan pemain PKNP menjadi aggressive dan hasilnya, Ahmad Ma'asum dilayangkankan kuning kerana mengkasari pihak lawan. Peluang terbaik PKNP jatuh kepada Nabilah yang mendapat hantaran cantik dari Abdul Rahman. Dengan hanya berhadapan dengan penjaga gol, Nabilah gagal mengawal kemas hantaran tersebut dan menendang tepat kepada penjaga gol. Keputusan 0-0 kekal hingga tamat perlawanan.