Saturday, May 28, 2011
UJIAN GETIR
Isnin ini PKNP FC bakal menghadapi satu lagi ujian getir. Setelah berhempas pulas untuk mengikat Ombak Prima, kini Kesuma pula menanti untuk memberi cabaran baru kepada PKNP FC. Kesuma yang juga seri dengan Ombak Prima tempohari pasti akan mencari kemenangan bagi memintas PKNP FC didalam liga. Dengan ketiadaan kapten pasukan Ghazali, tugas akan menjadi lebih sukar untuk menahan serangan mereka. Barisan pertahahan PKNP FC yang sebelum ini kebal, menjadi sedikit terbelah dengan ketiadaan tonggak pertahanan itu. Namun begitu, PKNP FC telah merangka strategi bagi menangani asakan yang bakal dihadapi dan pasti akan berjaya. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment