Monday, May 30, 2011

KECEWA

Buat pertama kalinya nasib tidak menyebelahi pasukan kita. Setelah mendahului hampir 75 minit, gawang PKNP FC dibolosi melalui sepakan penalti. Namun begitu, keputusan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Kesuma FC amat dipertikaikan kerana tangan pemain pertahan PKNP FC, Kamal terkena bola. Amat menghairan kerana perkara tersebut tidak disengajakan dan pada kebiasaannya insiden seperti itu diberi advantage. Memandangkan pengadil perlawanan merupakan pengadil yang kurang berpengalaman, advantage tidak diberikan. PKNP FC pula sepatutnya diberikan sepakan penalti apabila pemainnya, Taufiq telah dijatuhkan didalam petak penalti. Insiden tersebut dibenarkan pula oleh pengadil. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan adalah amat tidak konsisten. Walaubagaimana pun, keputusan pengadil adalah muktamad. Dengan keputusan seri 1-1 ini, PKNP FC masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan kini menduduki tempat kedua liga dengan 9 mata dari 5 perlawanan.

No comments:

Post a Comment