Wednesday, May 11, 2011
Injury Problem
Kesan daripada perlawanan semalam menyaksikan beberapa pemain PKNP FC mengalami kecederaan. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kurangnya persediaan fizikal. Keadaan fizikal yang kurang cergas boleh mengakibatkan otot-otot kita mempunyai asid yang berlebihan. Ini menyebabkan ianya cepat mengalami kekejangan. Namun begitu, ianya bukanlah salah pemain semata-mata. Penyertaan PKNP FC didalam Liga Kuantan ini merupakan keputusan yang boleh dikatakan sepontan dan hanya dua minggu sebelum pertandingan dimulakan. Pasukan-pasukan lain telah mula berlatih sedangkan PKNP FC belum mempunyai pemainnya lagi. Dengan kesungguhan yang ditujukkan, adalah boleh dibanggakan perkembangan PKNP FC ini. Walau apa pun keputusan yang bakal diperolehi dalam perlawanan-perlawanan akan datang, ianya tidak menjadi ukuran. Yang penting semangat dan kegigihan didalam padang yang menjadi perhatian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pemain harus memberi komitmen yang jitu untuk pasukan PKNP FC...Semoga pemain yang mengalami kecederaan diharap dapat sembuh dengan cepat.
ReplyDelete