Thursday, May 19, 2011

SERI

Perlawanan semalam memperlihatkan kematangan PKNP FC menangani pasukan pilihan didalam Kumpulan A iaitu MAS 10. Percaturan yang dibuat berjaya menumpulkan serangan pasukan lawan dan hampir-hampir mencuri kemenangan sekiranya jaringan Qisti tidak dikatakan "off-side". Permainan banyak berlegar di tengah padang dengan PKNP FC berjaya mengunci kelincahan penyerang pihak lawan. Serangan PKNP FC juga berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Namun begitu, percaturan bagi memasukkan Amir diseparuh masa kedua nyata membawa padah kerana beliau terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan berulang. Kecemerlangan penjaga gol kedua , Mohd Rizal menyelamatkan percubaan pihak lawan pada minit-minit terakhir juga memperlihatkan bahawa PKNP FC kini mempunyai kepercayaan kepada keupayaan sendiri. Akhirnya, keputusan 0-0 merupakan keputusan yang adil bagi kedua-dua pasukan.

No comments:

Post a Comment