Thursday, September 13, 2012

PKNP FC telah memulakan pertandingan Liga Kuantan pada hari Rabu yang lalu menentang pasukan Yayasan Pahang. Ini merupakan perlawanan pertama bagi PKNP FC kerana perlawanan pertama menentang PDRM telah ditunda, dan perlawanan kedua bagi Yayasan Pahang. Pasukan Yayasan Pahang menjadi favourite untuk perlawanan ini berdasarkan kepada keputusan perlawanan pertama mereka yang membenam pasukan Maritim 7-1. 

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada pukul 8.45 malam terpaksa dilewatkan sedikit kerana hujan agak lebat. Pasukan Yayasan Pahang bermula dengan garang dengan asakan awal berjaya mendapatkan sepakan sudut walaupun ianya dapat di kawal dengan baik oleh PKNP FC. Namun begitu, Yayasan Pahang yang lebih cepat menyesuaikan diri dengan keadaan, berjaya menjaringkan gol pada minit ke 9 hasil cubaan spekulatif pemain midfield mereka yang gagal dibaca oleh penjaga gol PKNP FC Mohd Izuwan. Permain menjadi lebih seimbang selepas itu dengan asakan dibuat oleh kedua-dua pasukan. Hasil dari asakan PKNP FC, gol penyamaan telah dapat dijaringkan oleh penyerang PKNP FC Ahmad Muzammil. Gerakan dari kanan yang baik oleh Mohd Azierul Helmi berjaya ditanduk masuk oleh Ahmad Muzammil. Keputusan ini kekal sehingga keakhir permainan walaupun kedua-dua pihak mempunya beberapa peluang keemasan untuk menambah jaringan. 

Padang yang lecak adalah antara punca permain menjadi kasar dengan terjahan-terjahan yang keras oleh kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, tiada insiden yang tidak dingini berlaku dimana kedua-dua pasukan berjaya mengawal emosi dan permainan berlangsung didalam keadaan yang kompetitif tetapi dengan semangat setiakawan. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.

No comments:

Post a Comment