Sunday, September 23, 2012

Menang Lagi

PKNP FC telah mencapai dua kemenangan berturut turut pada 21 September dan 23 September yang lalu. Walaupun bermain selang dua hari, ini tidak melemahkan pasukan malah pemain memberikan corak permainan yang lebih baik dari pelawanan sebelumnya. 

Pada 21 September yang lalu, PKNP FC telah turun menentang pasukan Damak United FC. Permainan yang berlangsung dalam keadaan yang panas berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada PKNP FC. Gol-gol PKNP FC adalah hasil jaringan Andy Hilmi ( 2 gol) dan Mohd Amirrul. 

Pada 23 September pula, PKNP FC telah turun menentang pasukan Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn FC). Padang yang becak menyebabkan permainan menjadi keras kerana kedua-dua pasukan berasak untuk menguasai permainan. Akibatnya,pemain PKNP FC Andy Hilmi dilayangkan kad merah kerana tackle yang agak keras keatas pemain lawan. Sejurus selepas itu, LPKtn FC berjaya menyumbat gol didalam PKNP FC masih menyusun semula pemain. Gol tersebut menyemarakkan semangat pemain PKNP FC yang terpaksa bekerja lebih bagi mengimbangi kekurangan pemain yang dialami.  PKNP FC berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma yang diambil oleh kapten pasukan Ahmag Ghazali pada minit ke 73. Gol tersebut berjaya memberi keyakinan kepada PKNP Fc untuk terus mengasak kubu lawan dan akhirnya hasil hantaran cantik dari sebelah kanan oleh Mohd Azierul, Mohd Amirrul berjaya menolak masuk setelah penjaga gol lawan gagal menepis hantaran tersebut. PKNP FC sekali lagi hampir menggandakan gol tetapi Mohd Farizul gagal menyempurnakan hantaran cantik Mohd Azierul. 

Dengan keputusan tersebut, PKNP kini mendahului Kumpulan A dengan 11 mata dari 5 permainan diikuti oleh MPK dengan 10 mata dari 4 perlawanan dan Yayasan Pahang juga 10 mata tetapi dari 5 perlawanan.

No comments:

Post a Comment