PKNP FC berjaya mencatat kemenangan pertama didalam kempen liga Bolasepak Daerah Kuantan musim 2012 ini dengan menundukkan pasukan Maritim FC 5-4. Walaupun ketinggalan 1-3 pada akhir babak pertama, PKNP FC menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sentiasa mengasak kubu lawan sehingga berjaya menjaringkan 4 gol pada babak kedua.
Permainan yang agak goyah pada separuh masa pertama membolehkan pasukan Maritim FC menjaringkan gol seawal minit ke 10. Sepakan percuma yang diperolehi oleh Maritim gagal ditangkap kemas oleh Mohd Khairi. Selang beberapa minit selepas itu, hantaran silang yang dilakukan oleh pemain sayap lawan ditampan masuk oleh Ahmad Masaud kedalam gol sendiri apabila clearance yang cuba dibuatnya tersasar. Walaupun ketinggalan 0-2, PKNP FC terus mengasak dan akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama hasil sepakan kemas Ahmad Ma'asum dari luar kotak penalti. Kealpaan pemain pertahanan PKNP FC sekali lagi dihukum apabila Maritim FC berjaya menjaringkan gol ke 3 pada minit ke 40.
Kata-kata semangat yang diberikan oleh jurulatih PKNP FC En Zaimi Ali pada waktu rehat telah berjaya membakar semangat juang pemain yang mana pada minit ke 48, PKNP FC berjaya merapatkan jurang hasil jaringan Mohd Farizul. Sekali lagi kesilapan penjaga gol yang gagal menutup ruang dihukum menjadikan kedudukan 2-4. Namun 3 gol berturut-turu yang dijaringkan oleh Ahmad Muzamil, Mohd Amirrul dan Ahmad Masaud memastikan PKNP FC berjaya mencatatkan kemenangan pertamanya walaupun terpaksa berhempas pulas untuk mencapainya. Tahniah.
No comments:
Post a Comment