Monday, October 1, 2012

Layak

Pada 28hb September yang lalu, PKNP FC telah turun ke gelanggang bagi perlawanan terakhir kumpulan A menentang pasukan PDRM. Perlawanan yang sepatutnya merupakan perlawanan pertama telah menjadi perlawanan terakhir kerana pasukan PDRM terlibat dengan pertandingan antara kontigen PDRM seMalaysia.  

Perlawanan yang di jalankan di padang MPK 2A berlangsung dengan sengit dengan kedua-dua pasukan saling asak mengasak. PKNP FC hanya memerlukan keputusan seri sahaja manakala PDRM memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya.  Walaupun permainan adalah sengit, namun ianya tidak kasar dan kedua-dua pasukan bermain agak baik. Beberapa asakan pasukan PDRM berjaya mencemaskan kubu PKNP FC namun berjaya dikawal baik oleh pertahanan PKNP FC. Peluang keemasan PKNP FC jatuh kepada Mohd Amirrul namun dia gagal membuat sepakan dengan gol terbuka luas.

Separuh masa kedua berlangsung dengan tempo yang sama. Kedua-dua pasukan saling asak mengasak dengan penyerang PDRM berjaya membuat tendangan deras dari luar kotak penalti namun tersasar. Sepakan percuma yang diperolehi PDRM hampir2 membolosi gol PKNP FC namun bola tersebut melantun keluar setelah terkena palang gol PKNP FC. Sekali lagi peluang diperolehi oleh Mohd Amirrul dan sekali lagi belia gagal menyudahkan peluang tersebut. Keputusan ini kekal hingga wisel penamat dan cukup bagi PKNP FC melangkah kepusingan seterusnya dan PDRM terpaksa menunggu keputusan antara MPK dan lembaga Pelabuhan untuk menentukan nasib mereka.

Sunday, September 23, 2012

Menang Lagi

PKNP FC telah mencapai dua kemenangan berturut turut pada 21 September dan 23 September yang lalu. Walaupun bermain selang dua hari, ini tidak melemahkan pasukan malah pemain memberikan corak permainan yang lebih baik dari pelawanan sebelumnya. 

Pada 21 September yang lalu, PKNP FC telah turun menentang pasukan Damak United FC. Permainan yang berlangsung dalam keadaan yang panas berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada PKNP FC. Gol-gol PKNP FC adalah hasil jaringan Andy Hilmi ( 2 gol) dan Mohd Amirrul. 

Pada 23 September pula, PKNP FC telah turun menentang pasukan Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn FC). Padang yang becak menyebabkan permainan menjadi keras kerana kedua-dua pasukan berasak untuk menguasai permainan. Akibatnya,pemain PKNP FC Andy Hilmi dilayangkan kad merah kerana tackle yang agak keras keatas pemain lawan. Sejurus selepas itu, LPKtn FC berjaya menyumbat gol didalam PKNP FC masih menyusun semula pemain. Gol tersebut menyemarakkan semangat pemain PKNP FC yang terpaksa bekerja lebih bagi mengimbangi kekurangan pemain yang dialami.  PKNP FC berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma yang diambil oleh kapten pasukan Ahmag Ghazali pada minit ke 73. Gol tersebut berjaya memberi keyakinan kepada PKNP Fc untuk terus mengasak kubu lawan dan akhirnya hasil hantaran cantik dari sebelah kanan oleh Mohd Azierul, Mohd Amirrul berjaya menolak masuk setelah penjaga gol lawan gagal menepis hantaran tersebut. PKNP FC sekali lagi hampir menggandakan gol tetapi Mohd Farizul gagal menyempurnakan hantaran cantik Mohd Azierul. 

Dengan keputusan tersebut, PKNP kini mendahului Kumpulan A dengan 11 mata dari 5 permainan diikuti oleh MPK dengan 10 mata dari 4 perlawanan dan Yayasan Pahang juga 10 mata tetapi dari 5 perlawanan.

Thursday, September 20, 2012

Kemenangan Pertama

PKNP FC berjaya mencatat kemenangan pertama didalam kempen liga Bolasepak Daerah Kuantan musim 2012 ini dengan menundukkan pasukan Maritim FC 5-4. Walaupun ketinggalan 1-3 pada akhir babak pertama, PKNP FC menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sentiasa mengasak kubu lawan sehingga berjaya menjaringkan 4 gol pada babak kedua. 

Permainan yang agak goyah pada separuh masa pertama membolehkan pasukan Maritim FC menjaringkan gol seawal minit ke 10. Sepakan percuma yang diperolehi oleh Maritim gagal ditangkap kemas oleh Mohd Khairi. Selang beberapa minit selepas itu, hantaran silang yang dilakukan oleh pemain sayap lawan ditampan masuk oleh Ahmad Masaud kedalam gol sendiri apabila clearance yang cuba dibuatnya tersasar. Walaupun ketinggalan 0-2, PKNP FC terus mengasak dan akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama hasil sepakan kemas  Ahmad Ma'asum dari luar kotak penalti. Kealpaan pemain pertahanan PKNP FC sekali lagi dihukum apabila Maritim FC berjaya menjaringkan gol ke 3 pada minit ke 40.


Kata-kata semangat yang diberikan oleh jurulatih PKNP FC En Zaimi Ali pada waktu rehat telah berjaya membakar semangat juang pemain yang mana pada minit ke 48, PKNP FC berjaya merapatkan jurang hasil jaringan Mohd Farizul. Sekali lagi kesilapan penjaga gol yang gagal menutup ruang dihukum menjadikan kedudukan 2-4. Namun 3 gol berturut-turu yang dijaringkan oleh Ahmad Muzamil, Mohd Amirrul dan Ahmad Masaud memastikan PKNP FC berjaya mencatatkan kemenangan pertamanya walaupun terpaksa berhempas pulas untuk mencapainya. Tahniah.

Monday, September 17, 2012

Seri lagi

Pada hari Sabtu yang lalu, PKNP FC telah turun ke gelanggang sekali lagi untuk menentang pasukan JPNP untuk perlawanan kedua Liga Bolasepak Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan. JPNP yang diperkuatkan dengan beberapa bekas pemain Kebangsaan dan Negeri Pahang seperti Azharuddin Aziz telah bermain dengan baik yang menyebabkan pemain-pemain PKNP FC agak tertekan pada minit-minit awal permainan.
Namun setelah pemain-pemain PKNP FC dapat menyesuaikan diri, kubu JPNP mula diasak. Hasilnya dalam minit ke 35, PKNP FC dihadiahkan sepakan penalty apabila pemain sayapnya Mohd Azierrul dijatuhkan didalam petak penanti. Namun begitu sepakan penalti itu gagal disempurnakan oleh Andy Helmi apabila sepakkannya terkena tiang walaupun penjaga gol lawan telah tertewas. Walaubagaimanapun, pemain PKNP FC tidak berputus asa dan terus menekan pertahanan lawan dan akhirnya gol lawan dapat dibolosi. Permainan one-two yang cantik antara Andy dan Ahmad Muzammil membolehkan Ahmad Muzammil sekali lagi menjaringkan gol keduanya didalam kempen tahun ini. 

JPNP juga tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan. Dalam keghairahan mendapatkan gol, gawang mereka hampir sekali lagi dibolosi oleh Andy namun kecekapan penjaga golnya menghalang Andy dari membolosi gawang. Akhirnya dalam minit ke 80, JPNP dapat menyamakan kedudukan. Tendangan sudut yang diperolehi gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol PKNP FC Mohd Izuwan dan terus masuk kedalam gawang. Kedudukan ini kekal hingga ke wisel penamat. 

Ini merupakan keputusan seri yang kedua bagi PKNP FC. Pada keseluruhannya, pemain PKNP FC bermain dengan baik, namun beberapa kesilapan kecil menyebabkan PKNP FC gagal membawa pulang mata penuh. Diharapkan pemain PKNP FC dapat memperbaiki kesilapan agar kemenangan pertama dapat dicapai menentang Maritim FC pada 18 September nanti. 

Thursday, September 13, 2012

PKNP FC telah memulakan pertandingan Liga Kuantan pada hari Rabu yang lalu menentang pasukan Yayasan Pahang. Ini merupakan perlawanan pertama bagi PKNP FC kerana perlawanan pertama menentang PDRM telah ditunda, dan perlawanan kedua bagi Yayasan Pahang. Pasukan Yayasan Pahang menjadi favourite untuk perlawanan ini berdasarkan kepada keputusan perlawanan pertama mereka yang membenam pasukan Maritim 7-1. 

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada pukul 8.45 malam terpaksa dilewatkan sedikit kerana hujan agak lebat. Pasukan Yayasan Pahang bermula dengan garang dengan asakan awal berjaya mendapatkan sepakan sudut walaupun ianya dapat di kawal dengan baik oleh PKNP FC. Namun begitu, Yayasan Pahang yang lebih cepat menyesuaikan diri dengan keadaan, berjaya menjaringkan gol pada minit ke 9 hasil cubaan spekulatif pemain midfield mereka yang gagal dibaca oleh penjaga gol PKNP FC Mohd Izuwan. Permain menjadi lebih seimbang selepas itu dengan asakan dibuat oleh kedua-dua pasukan. Hasil dari asakan PKNP FC, gol penyamaan telah dapat dijaringkan oleh penyerang PKNP FC Ahmad Muzammil. Gerakan dari kanan yang baik oleh Mohd Azierul Helmi berjaya ditanduk masuk oleh Ahmad Muzammil. Keputusan ini kekal sehingga keakhir permainan walaupun kedua-dua pihak mempunya beberapa peluang keemasan untuk menambah jaringan. 

Padang yang lecak adalah antara punca permain menjadi kasar dengan terjahan-terjahan yang keras oleh kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, tiada insiden yang tidak dingini berlaku dimana kedua-dua pasukan berjaya mengawal emosi dan permainan berlangsung didalam keadaan yang kompetitif tetapi dengan semangat setiakawan. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.

Monday, September 10, 2012

Semalam bermulalah dengan rasminya Liga Kuantan bagi tahun 2012 ini. PKNP FC sepatutnya turun gelanggang menentang pasukan PDRM tetapi perlawanan terpaksa ditunda memandangkan pasukan PDRM masih lagi belum pulang dari pertandingan sukan Polis seluruh Malaysia. 

Squad PKNP FC pada tahun ini menampilkan gabungan pemain lama dan baru. Beberapa muka baru terdiri daripada pemain-pemain muda yang berbakat bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan. Berikut adalah nama-nama pemain squad PKNP FC bagi tahun 2012 ini :-

     MOHD RIZAL BIN REDZUAN
     MOHD IZUWAN BIN ISMAIL
     AHMAD KAMAL BIN ABDUL RASHID
     AHMAD MASAUD BIN ABDUL SAMAD
     RAMLE BIN ABD RAZAK
     AHMAD GHAZALI BIN ABD SAMAD
     MOHD AZIERUL HELMI BIN MAT LAZIM
     MOHD AMIRRUL IDHAM BIN ALI
     QISTI HILMI BIN JOHARI
     AHMAD MUZAMMIL BIN MOHD SALIM
     AHMAD MA’ASUM BIN ABDUL SAMAD
     MOHD FAIZUL BIN IBRAHIM
     SHAH HARUL AZMI BIN SHARIP
     KHAIRIL AMRI BIN AZIZ
     MOHD FARIZUL BIN ZULFAKAR
     MUHAMMAD ARIF ALIF ASYHRAF BIN MOHD
     MOHAMMAD NORHAFIZIE BIN SUHAIMI
     ANDY HILMI BIN TAJUDIN NUR
Walaupun seramai 22 orang pemain dibenarkan untuk didaftarkan bagi kejohanan kali ini, PKNP FC hanya mendaftarkan 19 pemain sahaja buat masa ini. Ini memberi peluang bagi pengurusan mendaftarkan pemain lain sekiranya perlu dan sekiranya dapat mencungkil bakat-bakat lain semasa kejohanan berlangsung.

PKNP FC akan memulakan pertandingan pada 12 September menentang pasukan Yayasan Pahang jam 8.45 malam. Do'akan kejayaan pada pasukan PKNP FC.

Friday, September 7, 2012

JADUAL LIGA KUANTAN 2012

Liga Bolasepak Daerah Kuantan akan berlangsung pada bulan September ini dengan perlawanan pertama pada 10 September 2012. PKNP FC telah diundi didalam Kumpulan A bersama pasukan seperti berikut :-

1. PKNP FC
2. PDRM
3. MARITIM FC
4. YAYASAN PAHANG
5. LPKTN FC
6. MPK
7. JPNP
8. DAMAK UNITED

PKNP FC sepatutnya memulakan perlawan menentang PDRM pada hari isnin ini namun ianya ditunda memandangkan squad PDRM belum pulang dari kejohanan di Lumut.

Jadual perlawanan yang melibatkan PKNP FC adalah seperti berikut :-

Rabu 12 September PKNP FC lawan Yayasan Pahang di padang MPK2A jam 8.45 mlm
Sabtu 15 September PKNP FC lawan JPNP di padang MPK 1B
Selasa 18 September PKNP FC lawan Maritim FC di padang MPK 1A
Jumaat 21 September PKNP FC lawan Damak FC di padang MPK 1A
Ahad 23 September PKNP FC lawan LPKTN di padang MPK 2 A jam 8.45 mlm
Rabu 26 September PKNP FC lawan MPK di padang MPK 1B
Isnin 1 Oktober   PKNP FC lawan Maritim di padang MPK1B (piala YDP MPK)