Thursday, October 10, 2013

NABIL WIRA

Nabil muncul sebagai wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 62 permainan didalam pertembungan di antara PKNP dan Armor. PKNP yang turun tanpa kehadiran Ahmad Ma'sum yang digantung satu perlawanan kerana menerima 2 kad kuning bermain agak berhati-hati pada separuh masa pertama. Armor yang banyak bermain secara long pass,menekan pertahanan PKNP yang terpaksa bersaing dengan kepantasan penyerang mereka. Namun permainan menjadi lebih teratur dan PKNP mula dapat mencorakkan permainan melalui dua perancang PKNP iaitu Azizi dan Hanif. Mohd Amirrul yang mendapat dua peluang pada separuh masa pertama, gagal menyudahkan kedua-dua peluang tersebut dan separuh masa pertama berakhir terikat 0-0.

Pada separuh masa kedua, Armor mengejutkan PKNP dengan jaringan pada minit ke 49 hasil counter attack pantas mereka dan memerangkap pertahanan PKNP yang leka. Walaupun ketinggalan, PKNP terus mengasak kubu lawan dan hasilnya pada minit ke 54, PKNP berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Mohd Ruzaidi. Gol tersebut membakar semangat pemain-pemain yang cuba mengelak daripada melalui sepakan penalti lagi. Nabil yang masuk menggantikan Ahmad Muzamil, muncul sebagai wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 72. Armor yang menyerang bertubi-tubi kali selepas itu gagal untuk mendapatkan gol penyamaan dan PKNP bertahan hingga ke wisel penamat. Dengan kemenangan ini, PKNP akan melangkah ke perlawanan separuh akhir dan akan menetang pasukan PDRM. 

Beberapa pemain tonggak PKNP seperti Ahmad Ghazali yang mengalami kecederaan lutut, terpaksa direhatkan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan permainan PKNP. Beberapa pemain lain juga terpaksa berhadapan dengan kemungkinan tidak dapat beraksi dipentas semi final nanti seperti Mohd Ruzaidi, Azwan, Ahmad Ma'sum juga kerana kecederaan. Moga-moga mereka dapat cepat sembuh dan membantu PKNP untuk melangkah ke perlawanan akhir pada 15hb November nanti. Tahniah pada semua.

Wednesday, October 2, 2013

PKNP FC JOHAN

PKNP FC turun memburu kejuaraan pertama sejak tahun 2011 menentang juara bertahan yang juga pasukan pilihan iaitu MPK. PKNP menurunkan semula Ahmad Ghazali dan Azwan Nordin yang digantung satu perlawanan semasa menentang PDRM tempohari. MPK yang memulakan permainan  dengan berhati-hati banyak bermain secara long ball yang memaksa pertahan kiri dan kanan PKNP bekerja keras untuk mengekang bahagian sayap MPK yang pantas. Ahmad Maasum yang bermain di sebelah kiri dan Azwan di sebelah kanan berjaya mengekang kemaraan kedua-dua sayap MPK.

Namun begitu, PKNP FC dihukum apabila hantaran silang ke bahagian kanan tidak dapat ditampan kemas dan memberi peluang kepada MPK mendahului PKNP pada minit ke 15 permainan. Walaupun ketinggalan, PKNP tetap tidak tertekan dan terus menguasai permainan dan mengunci jentera di bahagian tengah MPK. Beberapa peluang diperolehi PKNP untuk menyamakan kedudukan namun cubaan-cubaan yang dibuat tersasar.

Pada separuh masa kedua, PKNP terus mengasak kubu MPK. Mohd Amirrul yang menggantikan Nabilah Khan di akhir separuh masa pertama tadi mengubah serangan PKNP. Pertahanan MPK agar kucar-kacir dan ini memberi ruang kepada Abdul Rahman untuk bergerak bebas. Hasilnya pada minit ke 63, PKNP berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Abdul Rahman. Gol tersebut menyemarakkan lagi serangan PKNP untuk mendapatkan gol kemenangan. Akhirnya wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan dan memaksa perlawanan diputuskan melalui sepakan penalti.

PKNP yang memulakan sepakan telah bermula dengan hambar apabila pemain pertama yang mengambil penalti tersebut, Mohd Amirrul gagal menyempurnakan sepakan tersebut. Namun begitu, penjaga gol PKNP, Sharril berjaya menyelamatkan sepakan kedua MPK untuk menjadikan kedudukan 1-1. Keputusan masih lagi terikat setelah ketiga-tiga pemain dari kedua-dua pasukan selepas itu berjaya menyempurnakan sepakan masing-masing dan memaksa ke sepakan sudden death. PKNP muncul juara apabila sepakan secara sudden death kedua MPK melepasi palang. Tahniah PKNP.